top of page

About Us

𝙅𝙊𝙁𝘼 𝘼𝙐𝙏𝙊 𝘾𝘼𝙍𝙀 merupakan sebuah firma milik 100% bumiputra yang ditubuhkan pada 22 April 2014 dimana aktiviti utama adalah menawarkan perkhidmatan pusat servis tayar dan bengkel kenderaan.

          Sepanjang 5 tahun beroperasi, firma berjaya menunjukkan kemampuan untuk bersaing di dalam industri ini walaupun premis agak kecil. Hal ini kerana firma berjaya mengumpul pelanggan baru untuk menjadi pelanggan tetap melalui premis yang sedia ada dengan kapasiti sebanyak 2 unit "working bay" dan hanya menggunakan kaki-kaki lima di bahagian hadapan bengkel. Ketika itu firma juga hanya ada beberapa unit mesin dan peralatan asas serta dibantu oleh 4 orang pekerja dimana sumber pembiayaannya adalah  melalui modal sendiri.

          Dalam tempoh itu firma dilihat mempunyai prospek dan optimis untuk terus berkembang di dalam industri ini. Bagi menjamin perniagaan ini supaya kekal relevan , kami sedang dalam usaha meningkatkan perniagaan ini ke tahap yang seterusnya. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi dengan kapasiti yang lebih besar untuk 8 unit "working bay" dan memerlukan beberapa mesin yang akan memudahkan serta mempercepatkan kerja baik pulih dari segi perkhidmatan yang cekap, cepat , telus, selamat dan menjimatkan masa.

          Kini  𝙅𝙊𝙁𝘼 𝘼𝙐𝙏𝙊 𝘾𝘼𝙍𝙀 beroperasi di premis baru yang telah berdaftar dan beralamat  𝐍𝐨 𝟏𝟑𝟏, 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝟒, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐬𝐨𝐧, 𝟑𝟔𝟎𝟎𝟎 𝐓𝐞𝐥𝐮𝐤 𝐈𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤. Selari dengan alatan yang berteknologi tinggi, 𝙅𝙊𝙁𝘼 𝘼𝙐𝙏𝙊 𝘾𝘼𝙍𝙀 mampu bersaing setanding  dengan pusat servis yang lain. Tambahan pula, kami telah menjadi "ONE STOP CENTER"  yang menawarkan pelbagai servis.

          Keselesaan pelanggan amat kami titik beratkan. Oleh itu, kami menyediakan ruang menunggu "Mini Cafe" dimana pelanggan boleh berehat dan makan secara percuma sementara menunggu kereta mereka disiapkan. Surau turut kami sediakan supaya mudah bagi pelanggan untuk menunaikan solat bagi yang beragama islam. 

Menarik bukan? lebih menarik jika anda sendiri datang ke pusat servis kami dan rasailah perbezaan servis yang kami tawarkan.

Need Our Assistance? Give Us a Call Now!
bottom of page